Heboh Maria Ozawa Pakai ‘Jersey’ Indonesia

Jakarta – Tidak hanya di Jepun, Maria Ozawa dikenali seluruh dunia kerana imejnya sebagai bekas bintang panas.

Menurut sebuah media tempatan, berbagai tanggapan terhadap Maria Ozawa ada yang suka dan yang membencinya.

Baru-baru ini rakyat Indonesia ditularkan dengan gambar terkini bekas bintang porno itu.

Maria dikhabarkan telah kembali ke Kampung halamannya di Jepun.

Maria telah memuat naik gambar di instagramnya dengan memakai baju bola kebangsaan Indonesia.

Melalui Instagram Stories di akaun Maria, wanita yang kini menetap di Filipina itu memuat naik gambar-gambar itu.

Difahamkan, gambar itu diambil bagi meraikan kedatangan Piala Dunia 2018 yang akan diadakan di Rusia.

Bekas bintang yang disapa sebagai Miyabi itu memuat naik gambar bersama kapsyen “Gambar untuk Piala Dunia 2018. Terima kasih telah memilihku. Seperti yang kamu lihat, aku agak bingung untuk memilih pasukan mana yang ingin sokongan dariku. Sangat teruja dapat menjadi sebahagian daripada projek ini !!!! # worldcup2018 #soccer #soccerbutfootball,” tulis Maria Ozawa dalam kapsyen gambar pada Khamis.

Uniknya, ada juga yang berasa gembira dan berterima kasih kepada Maria Ozawa.

“Terima kasih atas semangatmu @ maria.ozawa,” kata @dimasnndpratama.

“Bangga bahasa Indonesia,” kata @eurlyx. “Terima kasih!” tulis @jonhnytrung pendek.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.