Datuk 89 Tahun Ini Jual Ais Krim Demi Menyara Cucu Dan Isterinya Yang Sakit, Tiba-Tiba Dapat RM 1Juta

Anak perempuan lelaki warga emas ini telah meninggal dunia dan meninggalkan dua anak di bawah penjagaannya.

Tentu saja dia tidak mempunyai pilihan  selain terpaksa bekerja walaupun usia yang sudah tua.

Dilaporkan dari Viral 4 Real, ketika Joel Cervantes Marcias berada di Little Village, Chicago, dia melihat seorang lelaki tua sedang tunduk sambil menolak kereta tolak itu di sepanjang jalan.

Pada usia yang sudah tua, dia masih menjual ais krim bagi meneruskan kehidupannya.

“Saya kemudian membeli 20 ais krim dan memberinya RM194.78 dan mendoakannya kemudian pergi,” kata Macias.

Semenjak itu, Macias mengetahui nama lelaki tua itu Sanchez yang sudah berusia 89 tahun.

Sanchez menjual ais krim di sekitar Chicago selama 23 tahun lamanya.

Rupanya, Sanchez terpaksa menjual ais krim kerana anak tunggalnya meninggal dunia dan meninggalkan dua anaknya yang masih kecil.

“Saya bangun pagi-pagi dan bekerja sepanjang hari sampai pukul lapan malam,” kata Sanchez kepada ABC7 Chicago.

Macias memikirkan apa yang boleh dilakukannya untuk membantu Sanchez.

Dia menyedari bahawa bekerja di jalan dengan perubahan musim adalah sangat sukar untuk lelaki ini. Malah Sanchez tetap berniaga walaupun cuaca buruk.

Hidup Sanchez menjadi lebih sukar apabila isterinya, Eladia jatuh sakit. Ini menjadikan Sanchez terpaksa bekerja lebih keras.

Setelah mengetahui kehidupan lelaki tua itu, Macias pun memutuskan untuk membuat laman GoFundMe untuk pasangan tersebut.

Pada awalnya, Macias menetapkan sasaran mengumpul dana sebanyak RM11, 686 . Bagaimanapun, dana ini mendapat reaksi positif yang baik dan Macias  berjaya mengumpul dana lebih dari RM1 juta untuk Sanchez dan isterinya.

Jumlah itu dikumpulkan dan diserahkan kepada Sanchez pada 21 September 2016 lalu dan dilaporkan oleh ABC7 News.

“Begitu banyak yang telah membantu saya. Saya merasa sangat senang,” kata Sanchez.

“Saya rasa dia kelihatan sangat penat dan memerlukan rehat yang cukup . Dunia datang untuk membantunya ,”

Lihat video penuh di sini:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.