Cekik, Tumbuk Isteri

MELAKA – Seorang pekerja swasta didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan mencekik leher dan menumbuk muka isterinya dalam pertengkaran yang berlaku di rumah mereka di Bukit Katil di sini, ming­gu lalu.

Tertuduh, Mohd. Khairulnizam Shaari, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Analia Kamaruddin, lapor Kosmo

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Norlida Hanim Hamzah, 29, dengan cara mencekik leher dan me­numbuk mulut mangsa dalam kejadian pada pukul 7 pagi di sebuah rumah di Bukit Katil pada 22 Januari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM4,000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.