AS Tarik Balik Larangan Pelarian Dari 11 Negara

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) mengumumkan untuk menarik balik larangan terhadap pelarian dari 11 negara, tetapi menegaskan mereka yang mahu memasuki negara itu akan berdepan peraturan lebih ketat pada masa akan datang.

Pelarian dari 11 negara tersebut, yang sehingga kini masih tidak didedahkan, tetapi difahamkan adalah 10 negara Islam termasuklah Korea Utara.

Kesemua pelarian dari negara-negara terbabit akan menjalani penilaian berdasarkan risiko yang lebih ketat sebelum boleh diterima memasuki AS.

“Adalah penting bagi kami mengetahui siapakah yang memasuki AS,” kata Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri, Kirstjen Nielsen. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.