Aksi Sulung Diarra Menentang Rennes

Penampilan sulung Lassana Diarra buat Paris Saint-Germain(PSG) pada separuh akhir Piala Liga Perancis menentang Rennes di gelanggang lawan awal pagi esok selepas beliau menyertai PSG dengan rasminya minggu lepas.

Pemain tengah berusia 32 tahun itu, yang beraksi sebanyak 34 kali bersama Perancis, menyertai PSG dengan memeterai kontrak hingga Jun 2019.

Walaubagaimanapun, tahap kecergasan bekas pemain Chelsea, Arsenal dan Real Madrid itu masih menjadi tandatanya dan ada kemungkinan beliau tidak akan turun dalam kesebelasan utama perlawanan di Brittany itu.

Diarra diikat untuk menjadi pelapis kepada Thiago Motta, yang masih bergelut dengan masalah betis dan tidak boleh diturunkan.

Kylian Mbappe turut kembali buat PSG sesudah terlepas dua aksi terakhir pasukan itu kerana kecederaan dialami ketika tewas 1-2 kepada Lyon pada 21 Januari lalu.

PSG mengintai peluang menjuarai Piala Liga buat tahun kelima berturut-turut. Satu lagi separuh akhir mempertemukan AS Monaco menentang Montpellier awal pagi Khamis ini – Suzein Yana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.