90,000 Larikan Diri

LEGAZPI, Filipina – Bila­ngan penduduk Filipina yang melarikan diri ke zon selamat susulan letusan Gunung Ma­yon meningkat kepada hampir 90,000 orang, kata beberapa pegawai semalam.

Presiden Rodrigo Duterte berlepas ke bandar Legazpi, tengah Filipina semalam untuk meninjau zon bencana itu, dua minggu selepas gunung berapi paling aktif di negara itu menghamburkan abu, lahar dan batu.

Pihak berkuasa mewujudkan zon larangan dalam radius 9 kilometer dari Gunung Mayon. Kebanyakan penduduk di sekitar gunung berapi itu kini ditempatkan di kem-kem penempatan sementara di luar zon berkenaan.

Namun, keadaan kebersihan di kem-kem sementara itu amat daif.

Gabenor wilayah Albay, Al Francis Bichara berkata, pihak berkuasa menjangkakan penduduk yang berpindah itu perlu tinggal di kem-kem berkenaan sekurang-kurang­nya sebulan.

Namun, beliau memberi amaran mengenai sumber kerajaan tempatan yang terhad seperti kekurangan tandas. Menurut Bichara, purata 200 orang kini terpaksa menggunakan sebuah tandas.

“Kami kekurangan seba­nyak 1,222 buah tandas,” katanya sambil menambah, situasi ideal adalah sebuah tandas untuk setiap 50 orang atau 1,800 tandas secara ke­seluruhan. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.