Video: Raja Arab Saudi Tinggal Obama Untuk Solat, Viral Di Media Sosial

Pemerintah baharu Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz berjaya menarik perhatian masyarakat khususnya pengguna media sosial.

 

Ia ekoran dari tindakannya yang menghentikan protokol sambutan dan meninggalkan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama untuk menunaikan solat Asar.

 

 

Dalam kejadian pada Selasa lalu itu, sejurus selepas mendengar laungan azan Raja Salman memaklumkan kepada Obama sebelum meninggalkan majlis tersebut.

 

Rakaman tindakan tersebut kemudianya menjadi viral apabila mula tersebar di laman-laman sosial seperti Facebook, Youtube, Twitter dan sebagainya.

 

Obama berkunjung ke Riyadh bagi merapatkan hubungan dengan Raja Salman serta menyampaikan ucapan takziah atas kemangkatan Raja Abdullah.

 

Walaupun ada yang mempertikai tindakan Raja Salman itu, namun majoriti masyarakat Islam memuji tindakan tersebut yang disifatkan berani membelakangkan ketua negara yang dianggap sebagai ‘Polis Dunia’ itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.