Raja Muda Perlis Lancar Gimik Pertandingan Candat Sotong

Kuala Lumpur – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan gimik pelancaran bagi mempromosi pertandingan mencandat sotong peringkat negeri Perlis 2015 di Jeti Kastam Kuala Perlis, di sini malam tadi.

 

Turut berangkat, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda baginda, Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajudddin Areeb Putra.

 

Hadir sama, Ketua Polis Perlis Datuk Zull Aznam Haron, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Perlis Anuar Abidin dan Timbalan Presiden Kelab Memancing dan Rekreasi Perlis Jasmi Johari.

 

Baginda dan keluarga turut berkenan menaiki bot ke lokasi mencandat sotong di pesisiran pantai Kuala Sungai Baru dan mencuba menyauk sotong iaitu aktiviti yang semakin popular dalam kalangan kaki pancing di Perlis.

 

Pertandingan mencatat sotong dijadual berlangsung pada 14 Feb di pantai Kuala Sungai Baru.

 

Pertandingan anjuran kerajaan Perlis dengan kerjasasama Kelab Memancing dan Rekreasi Perlis serta Radio Amatur Melayu Malaysia itu terhad kepada 60 bot dengan lima orang setiap pasukan. Tarikh tutup pertandingan pada 7 Feb.

 

Orang ramai yang berminat boleh menghubungi urusetia pertandingan Zulkepli Amin melalui telefon 013-9923979, Jasmi Johari (012-43322354) dan Mohd Saiful (019-5486137).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.