Pemancing Jumpa Tengkorak Terbakar

Kuala Selangor: Dua tengkorak dan cebisan tulang dalam keadaan terbakar ditemui di Ladang Estet Tennamaram, Bestari Jaya, di sini, tengah hari tadi.

 

Penemuan kira-kira 12.30 tengah hari itu, dimaklumkan kepada polis selepas ditemui seorang pemancing yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.

 

Menurut sumber, tengkorak dan cebisan tulang berkenaan ditemui terbakar bersama beberapa cebisan tayar.

 

“Siasatan lanjut di tempat kejadian juga turut menemui rantai leher namun ia masih belum dapat disahkan siapa pemiliknya,” katanya.

 

Sumber berkata, pasukan forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) dihantar ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut.- HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.