Video: Komando Filipina Potong Jari Pengganas Malaysia, Marwan Untuk DNA

Manila – Pasukan Keselamatan Filipina dilaporkan memotong jari kanan pengganas Malaysia, Marwan untuk mendapat DNAnya, selepas dia terbunuh dalam satu kejadian tembak-menembak Ahad lalu.

 

Marwan, atau nama sebenarnya Zulkifli Hir, terbunuh ketika bertempur dengan Pasukan Tindakan Polis-Khas Filipina (SAF) di kampung Pidsandawan wilayah Maguindanao.

 

Ketua Pemerintah SAF, Superintendan Raymond Train dikatakan mahu anak buahnya membawa bersama mayat Marwan ketika kumpulan tersebut berundur selepas membunuh pengganas tersebut dalam insiden berbalas tembakan dengan anggota pengganas yang lain.

 

Namun, pertempuran itu menyukarkan usaha tersebut hingga memaksa anggota komando memotong jari dari tangan kanan pengganas itu.

 

Train kemudinya membawa jari tersebut ke Kem Awang di Maguindanao untuk ujian DNA, menurut laporan tersebut.

 

Sebelum beredar, seorang komando sempat mengambil gambar mayat Marwan, kata sumber tersebut.

 

Mayatnya Marwan kemudianya ditinggalkan di dalam sebuah pondok.

 

Seramai 8  orang  komando SAF turut terbunuh dalam pertumpahan darah tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.