Najib Dan Dr Mahathir Mesra

Kuala Lumpur – Para jemaah di Masjid Negara, Kuala Lumpur, pastinya menarik nafas lega melihatkan kemesraan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Tun Dr Mahathir Mohamad apabila mereka tersempak selepas menunaikan solat Jumaat hari ini.

 

Sebaik sahaja selesai menunaikan solat Jumaat dan bacaan tahlil kepada mangsa MH370, Perdana Menteri mengiringi Yang Dipertuan Agung, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah ke kereta untuk kembali ke istana, lapor MalaysiaGazette.

 

Ketika itu, Mahathir bersama jemaah-jemaah lain berada di belakang rombongan yang mengiringi Yang Dipertuan Agung.

 

Sebaik sahaja kenderaan rasmi Yang Dipertuan Agung beredar, Najib yang menyedari Mahathir berada dibelakangnya terus pergi kepada veteran UMNO itu untuk bersalaman.

 

Mereka berdua kemudiannya bersalaman dengan jemaah lain sebelum beredar keluar dari masjid.

 

Sejak kebelakangan ini, Mahathir dilihat agak keras mengkritik pentadbiran Najib, namun kemesraan kedua-dua pemimpin itu menjadi bukti perasaan hormat menghormati masih tebal di dada kedua-dua pemimpin negara berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.