‘Minta Maaf Atau Berdepan Tindakan Undang-Undang’

Shah Alam – Perkasa Selangor menuntut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mengemukakan permohonan maaf secara terbuka ekoran kenyataannya yang didakwa keterlaluan.

 

Menurut Yang Dipertuanya, Abu Bakar Yahya, kenyataan Khalid yang mahu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Majlis Fatwa Selangor menyiasat bahawa idelogi Perkasa bercanggah dengan nilai dan ajaran Islam kerana terlibat dalam bantahan projek Datum Jelatek baru-baru ini.

 

“Kenyataan beliau (Khalid) menunjukkan kedangkalan ahli politik itu yang gagal memahami isu sebenar.

 

“Kehadiran Perkasa dalam perhimpunan itu adalah tanda sokongan dan solidariti terhadap nasib para penduduk Taman Keramat yang terhimpit di sebalik pembangunan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Sabtu lalu, hampir 1,000 orang termasuk penduduk di Taman Keramat di Kuala Lumpur berhimpun mengadakan bantahan bagi mendesak projek pembangunan Datum Jelatek di taman itu dihentikan

 

Mengulas lanjut, Abu Bakar menambah, sekiranya Khalid gagal berbuat demikian, Perkasa Selangor akan mengambil tindakan undang-undang. – Sinar Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.