Mexico: Dua Mati Dan 54 Cedera Dalam Letupan Gas

MEXICO CITY 30 Jan. – Sekurang-kurangnya dua orang mati dan berpuluh-puluh lagi cedera apabila sebuah trak gas meletup di luar sebuah Hospital Bersalin dan Kanak-Kanak di sini semalam sekali gus meranapkan struktur banguan berkenaan.

 

Datuk Bandar Mexico City, Miguel Angel Mancera memberitahu MVS radio bahawa mayat seorang wanita dijumpai di dalam hospital dan ramai orang cedera kerana kaca yang beterbangan.

 

Dia yang pada awalnya memberitahu Televisa Network bahawa sekurang-kurangnya 54 orang awam cedera dan 22 daripadanya merupakan kanak-kanak. Kebanyakan mereka yang cedera mengalami luka ringan, katanya.

 

Pengarah Pertahanan Awam Bandar, Fausto Lugo berkata dalam satu temubual televisyen bahawa jumlah kematian meningkat kepada dua orang. Katanya, seramai 37 orang telah dipindahkan ke hospital lain dan mereka yang lain dipercayai masih tertimbus di bawah runtuhan. – AP / Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.