Malaysia Bakal Laksana Indeks Syariah 10 Februari

Kuala Lumpur – Indeks Syariah Malaysia akan dirasmikan pada 10 Febuari ini, kata Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak di sini hari ini.

 

Katanya, langkah ini akan menjadikan Malaysia sebagai negara pertama yang melaksanakan indeks syariah.

 

Indeks ini dilihat penting sebagai satu penanda aras pembangunan Islam dan pada masa sama menjadi bukti Umno sebagai kerajaan memerintah tidak leka dalam usaha memperjuangkan Islam.

 

“Kita sedia maklum sabagai sebuah kerajaan yang didokong Umno komitmen kita untuk memartabatkan bukan sahaja syiar tapi syariat Islam sesuai Fasal 3 Perlembagaan 4. Komitmen yang kita tunaikan selama ini tapi ia tidak dilakukan penanda aras.

 

“Kita boleh tahu komitmen kita dan pencapaian kita dan kita boleh tahu sekiranya ada kekurangan sekali gus dapat menyangkal Umno bukan parti tidak komited memperjuangkan Islam,” katanya ketika di sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hari ini di Putera World Trade Centre (PWTC).

 

Pelancaran Indeks Syariah itu dibuat bersempena Majlis Perdana Ulama-Umara.

 

Perdana Menteri berkata, indeks ini bakal melibatkan sektor pendidikan, ekonomi, budaya dan sosial, infrastruktur, alam sekitar, kesihatan, perundangan dan politik.

 

November tahun lalu, Najib mencadangkan indeks itu diwujudkan untuk tujuan memastikan hala tuju agama Islam berpandukan tuntutan Islam sebenarnya.

 

Satu jawatankuasa terdiri pakar daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pakar agama dipertanggungjawabkan untuk menyediakan indeks berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.