Khalid Samad Sokong Pilihan Raya PBT

Walaupun pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) dikritik keras Pre­siden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, namun bagi Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, idea DAP itu disifatkan lebih baik berbanding sistem pelantikan yang diamalkan sekarang.

 

Khalid yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat berkata, pelaksanaan pilihan raya itu mampu mewujudkan pengurusan PBT yang lebih cekap memandangkan sistem tersebut melibatkan pemi­lihan ahli majlis secara terus.

 

“Sebagaimana orang yang diberikan tanggungjawab dan di­pilih oleh penduduk, mereka (ahli majlis) yang dipilih akan bertindak lebih bertanggungjawab dan telus berban­ding mereka yang dilantik,” katanya yang juga Ahli Parlimen Shah Alam kepada pemberita di sini hari ini.

 

Mengenai kritikan Abdul Hadi terhadap pelaksana­an pilihan raya PBT itu, Khalid memberitahu, ia tidak bermakna beliau tidak selari de­ngan pandang­an Presiden Pas sebelum ini yang khuatir sistem berkenaan akan melebarkan lagi jurang masyarakat yang memberi keuntungan kepada satu-satu kaum sahaja.

 

Sebaliknya beliau menyata­kan, pandangan Abdul Hadi itu perlu diambil kira oleh semua pihak de­ngan mengesahkan terlebih dahulu sama ada suasana serta kedudukan masyarakat di sesebuah kawasan ketika ini adalah sama seperti pada era 60-an atau 70-an.

 

“Dahulu kawasan bandar raya komposisi penduduknya dikatakan 80 hingga 90 peratus adalah terdiri daripada orang Cina pada tahun 60-an dan 70-an, namun sekarang sudah berubah. Isu yang ditimbulkan oleh Abdul Hadi adalah penting dan perlu ditangani, biarlah statistik itu betul dan mengikut bilangan penduduk sebenar,” jelasnya. – Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.