Jumlah Mangsa Banjir Di Miri Bertambah

Kuching – Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat tengah hari ini kepada 48 orang daripada 12 keluarga berbanding 38 orang daripada 10 keluarga pagi tadi.

 

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak berkata sehingga 12 tengah hari ini masih kekal dua pusat pemindahan yang beroperasi, masing-masing di Dewan Masyarakat Beluru, Bakong, Miri dan Balai Raya Sebauh, Bintulu.

 

Katanya, 20 mangsa daripada empat keluarga kini ditempatkan di Dewan Masyarakat Beluru, Bakong dan 28 orang daripada lapan keluarga berada di Balai Raya Sebauh, Bintulu.

 

Sementara itu, Pegawai Tadbir Kanan daerah kecil Bakong Albania Linus Lukong ketika dihubungi Bernama berkata 20 mangsa daripada empat keluarga sudahpun dipindahkan ke pusat pemindahan mangsa banjir di Dewan Masyarakat Beluru, Bakong.

 

Katanya, sekiranya hujan berterusan keadaan banjir di Bakong, daerah Baram di Miri akan bertambah buruk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.