Gambar Saravanan Dengan Pistol Terselit Jadi Viral

Shah Alam – Gambar Naib Presiden MIC Datuk M. Saravanan dengan pistol terselit di pinggang seluarnya kini menjadi viral di Facebook.

 

Gambar yang dirakam ketika kekecohan di luar ibu pejabat MIC Rabu lalu sewaktu ketegangan di antara pengawal keselamatan dan penyokong beliau.

 

Perbuatan itu menunjukkan seolah-olah Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu cuba menakutkan pengawal berkenaan secara halus.

 

“Sebenarnya itu (menakutkan pengawal) bukan niat saya. Baju kot saya terbuka sedikit dan menampakkan pemegang pistol.

 

“Saya memiliki pistol sejak 15 tahun dan tidak mengacukannya kepada sesiapa. Jadi macam mana saya nak ugut sesiapa?” katanya hari ini.

 

Saravanan berkata, walaupun ada kawalan keselamatan polis, beliau menyimpan sepucuk Glock.

 

“Saya memperbaharui lesen setiap tahun dan meninggalkannya dalam kereta ketika menghadiri sebarang majlis,” katanya, sambil menambah beliau lupa untuk biarkannya dalam kereta pada hari berkenaan.

 

Ketika kejadian Rabu lalu, Saravanan menerima panggilan ugutan bunuh daripada seseorang tidak dikenali. Beliau melaporkan kejadian itu kepada polis.

 

Sebelum itu, Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Saravanan dilarang memasuki ibu pejabat MIC oleh pengawal keselamatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.