‘Dakwaan Hadi Gambar Perkauman Sempit’ – Ketua PAS Kawasan Batu

Seorang pemimpin PAS kawasan menyanggah dakwaan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bahawa pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan akan menimbulkan kacau bilau.

 

Ketua PAS Kawasan Batu, Ishak Surin berkata isu berkenaan juga menggambarkan sentimen perkauman sempit dan tidak menguntungkan mana-mana pihak.

 

“Kalau pilihan raya tempatan boleh timbul kacau-bilau, mengapakah pilihan raya Negeri dan Persekutuan tak ada kacau?” kata Ishak dalam satu sidang media pagi ini.

 

Katanya, beliau melihat bahawa sentimen yang cuba dibangkitkan oleh ulama besar PAS itu juga tidak lagi dapat dikesan pada masa ini.

 

“Mana mungkin pilihan raya tempatan boleh menimbulkan soal perkauman?

 

“Kalau kita pergi ke kampung-kampung dan kawasan orang ramai, saya rasa tak ada lagi rasa perkauman sempit itu,” katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

 

Ishak merupakan NGO BERTINDAK, yang berkempen untuk mengembalikan semula pilihan raya kerajaan tempatan di Kuala Lumpur. – MKini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.