Bayi Meninggal Dunia Tersedak Susu

Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan mati dilapor akibat tersedak susu di rumah pengasuhnya di Pangsapuri Harmoni, Jalan Masjid Negeri di Georgetown semalam.

 

Muhd Azfar Zikry Anuar yang sebelum ini dijaga pengasuh lain dihantar kepada pengasuh berkenaan buat kali pertama oleh ibunya semalam.

 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata bayi itu dilapor dalam keadaan tenat di atas riba pengasuhnya itu pada pukul 1.30 tengah hari.

 

“Bayi itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang dan polis telah merekod keterangan pengasuh terbabit yang berusia 30-an,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Beliau berkata hasil bedah siasat mendapati bayi itu mati akibat tersedak susu dan tiada kecederaan berunsur jenayah dikesan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.