120 Murid Keracunan Makanan Makan di Kantin Sekolah

BUKIT MERTAJAM – Seramai 120 murid tahun tiga, empat dan lima Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Liat di sini, mengalami cirit-birit dan muntah kerana dipercayai memakan lauk ayam masak kicap semasa waktu rehat di kantin sekolah itu semalam.

Daripada jumlah itu, seramai 69 murid dikejarkan ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) di sini semalam kerana mengalami cirit-birit dan muntah, manakala bakinya menerima rawatan di klinik berdekatan hari ini setelah mengalami simptom yang sama.

Seramai sembilan murid terpaksa terpaksa ditahan di wad HBM pada semalam untuk rawatan lanjut tetapi dibenarkan keluar pada lewat malam tadi sementara yang lain sebagai pesakit luar.

Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Mohd. Zaidi Mohd. Said yang ditemui ketika melawat sekolah itu pagi ini berkata, kejadian disedari guru selepas beberapa murid tahun tiga memaklumkan mengalami muntah dan cirit-birit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.