Harga Tak Turun Selepas Mansuh GST, Jadi SST Ini Untungkan Siapa Sebenarnya?

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan golongan mana yang mendapat faedah daripada pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Ini kerana, katanya, sejak SST diwujudkan harga barangan pengguna tidak turun sebaliknya meningkat, sekali gus membebankan rakyat.

Pakatan Harapan juga, tambah Najib mengakui kutipan cukai kerajaan setiap tahun daripada hasil SST lebih rendah daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“Untuk 2018 sahaja, kerajaan hanya hanya kutip RM21 bilion dari SST berbanding RM44 bilion dari GST – iaitu jurang kutipan sebanyak RM23 bilion. Jurang ini juga akan bertambah untuk tahun-tahun mendatang.

“Tetapi apa yang kita tengok hari ini ialah harga jualan kepada pengguna tidak jatuh. Sebaliknya, banyak yang naik lagi.

“Pengguna tidak mendapat manfaat dari SST. Rakyat lebih dibebankan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Disebabkan hasil kerajaan berkurangan, bantuan dan projek mesra rakyat dikurang dan dimansuhkan.

“Jika bukan rakyat dan kerajaan yang dapat manfaat apabila SST ganti GST, pihak yang mana telah dan akan untung lagi dari kehilangan hasil cukai berpuluh bilion ringgit setiap tahun? Golongan yang mana?,” ujar bekas Perdana Menteri itu. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.