Monyet Disangka Lampu Isyarat Merah

Menyangka lampu isyarat merah, seorang pemandu wanita di Guizhou, China, mendadak memberhentikan kenderaannya menyebabkan dirempuh kereta di belakang sedangkan ‘lampu merah’ itu adalah monyet kemerah-merahan yang duduk di atas palang besi.

Monyet kemerah-merahan berkenaan duduk di atas palang menempatkan kamera pengawasan lalu lintas di satu persimpangan jalan dekat bandar raya Guiyang, semalam.

Menurut laporan agensi berita Sina, wanita berkenaan menyangka monyet berkenaan adalah lampu isyarat merah menyebabkan dia memberhentikan keretanya dengan mengejut menyebabkan kenderaan di belakang melanggarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.