Qabin Berjaya Di bawa Keluar Dari Titik 90 Darjah Kutub Selatan

Penjelajah Negara, Muqharabbin Mokhtaruddin atau lebih dikenali sebagai Qabin serta kumpulannya telah berjaya di bawa keluar dari titik 90 darjah Kutub Selatan ke Union Glasier di benua Antartika menggunakan pesawat.

Melalui status yang dimuatnaik di akaun Facebook milik Penasihat Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B), Datuk Akmar Hisham Mokhles berkata, beliau berjaya menghubungi Qabin tadi berkata mereka ketika ini sedang menantikan ketibaan pesawat Ilyushin dari Punta Arenas untuk memgambil mereka di Union Glasier.

“Saya berjaya menghubungi Qobin kira-kira 5 minit tadi. Qobin memaklumkan bahawa beliau serta kumpulannya telah berjaya dibawa keluar dari titik 90 darjah Kutub Selatan ke Union Glasier di benua Antartika melalui pesawat sebentar tadi.

“Kini mereka sedang menantikan ketibaan pesawat Ilyushin dari Punta Arenas untuk memgambil mereka di Union Glasier,”katanya.

Tambahnya lagi, pesawat tersebut akan membawa mereka dari Punta Arenas ke Union Glasier akan mengambil masa selama 4 jam.

“Sekiranya cuaca dalam keadaan baik, pesawat tersebut dijangka akan terbang dari Punta Arenas menuju ke Union Glasier dalam tempoh 2 jam dari sekarang dan penerbangan akan mengambil masa selama 4 jam.

“Saya dan Hazran akan tiba ke Punta Arenas kita-kira pukul 9 pagi ini waktu Malaysia bagi membuat persiapan selanjutnya,”ujarnya.

Dalam satu status lain yang dimuat naik di Akaun Facebook tersebut, Akmar berkata, jari Qabin terselamat daripada gigitan Frost.

Menurut Qabin, jarinya tidak lagi kebas ketika bangun pagi tadi dan tiada kesan hitam dijarinya.

“Menurut Qobin 2 jari tangannya sudah tidak lagi kebas dan ketika bangun pagi tadi beliau sangat bersyukur kerana tiada kesan hitam pada jarinya.

“Jika ada kesan hitam, bermakna beliau telah mengalami gigitan fros dan tanpa rawatan segera boleh menyebabkan beliau kehilangan jari tersebut.

“Syukur Alhamdulillah. Berkat doa semua, Allah permudahkan usaha Qobin di benua Antartika yang sangat terasing dari manusia tersebut,”katanya.

Qabin ketika ini sedang melengkapkan siri jelajah Glam Slam 2017 di Kutub Utara.

Penjelajahan Grand Slam ini memerlukan Qabin untuk melengkapkan penjelajahan di pendakian di 7 puncak tertinggi di tujuh benua dunia, penjelajahan Kutub Utara dan Kutub Selatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.