14 Orang Mati Di Laut Mediterranean Sehari

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), New York – Purata 14 orang meninggal dunia setiap hari semasa menyeberangi Laut Mediterranean dalam tahun 2016, bilangan tertinggi yang pernah direkodkan, lapor agensi berita Xinhua kelmarin.

 

Menurut agensi pelarian PBB (UNHCR), jumlah keseluruhan mereka yang menemui ajal di Laut Mediterranean pada tahun ini melepasi angka 5,000.

 

UNHCR memberi amaran bahawa situasi itu menimbulkan keperluan mendesak untuk negara-negara di dunia supaya meningkatkan kaedah penerimaan pelarian seperti penempatan semula, penajaan swasta, pe­nyatuan keluarga dan skim biasiswa pelajar.

 

Pada 2015, lebih sejuta orang menyeberangi Laut Mediterranean dengan 3,771 kematian telah direkodkan. – Bernama

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.