Video : Pinda Undang-Undang, Wujudkan Tabung Bantu Pelajar

KUALA LUMPUR – Veteran Umno, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah hari ini berkata supaya pindaan undang-undang dapat dilakukan bagi mewujudkan tabung derma untuk pendidikan pelajar.

 

Beliau berkata, disebabkan bank negara menegah individu menerima deposit daripada orang ramai kecuali daripada sebuah bank menyebabkan usaha menabung tidak dapat diteruskan.

 

“Saya rasa tidak perlu diwujud bank untuk tujuan menabung. Bagi tujuan pendidikan, undang-undang terpakai sekarang perlulah diperbaiki, dipinda bagi membolehkan rakyat menabung, dengan tujuan untuk membiayai pembelajaran anak-anak kita. Sudah tentu kerajaan tidak mampu nak membantu semua pihak.

 

“Tengoklah kepada PTPTN. Mereka berhutang berpuluh-puluh bilion. Mereka tak mampu nak meneruskan pinjaman,”,”katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Tabung Kemanusiaan Pelajar Melayu Mesir Perkasa, hari ini.

 

Menurut Ahli Parlimen Gua Musang itu, sebelum ini beliau yang memimpin Kongres dahulu pernah mewujudkan sebuah tabung bagi tujuan pendidikan untuk anak- anak, bagaimanapun, tabung itu tidak dapat diteruskan, kerana halangan undang-undang yang terpakai pada masa kini.

 

“Tujuh tahun dulu, kita telah membentuk satu jawatankuasa mengikut usul yang diterima di dalam Kongres itu, untuk mewujudkan satu tabung supaya kita semua boleh menabung. Jadi cadangan kita, ibu bapa boleh menabung untuk anak sendiri. Kaedahnya sama seperti melakukan kaedah di Tabung Haji. Ia bukan membebankan sesiapa.

 

“Apabila tabung itu terkumpul, kita boleh guna duit yang akan dibuat tabung untuk kegunaan pendidikan anak- anak. Jadi hasil daripada pelaburan tabung berkenaan akan dapat membantu bukan sahaja anak-anak kita bahkan juga anak-anak orang lain,”katanya.

 

Menurutnya, apa yang telah dibentang dalam jawatankuasa itu, membolehkan masyarakat mengumpul beratus juta ringgit dalam masa beberapa bulan.

 

“Dalam masa dua tahun kita boleh kumpul beribu juta ringgi, bagi membantu para pelajar kita bukan sahaja luar negara tetapi di dalam negara,”akhirinya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.