Video : Pelajar Di Mesir Rayu Kerajaan Sambung Semula Tajaan Pelajaran

KUALA LUMPUR – Presiden Kelab Perkasa Mesir, Abdul Muin Mohd Noor merayu agar pihak kerajaan menyambung semula tajaan pelajaran bagi pelajar Malaysia di Mesir.

 

Abdul Muin berkata, ia berikutan pelajar-pelajar yang masih belajar di Mesir tidak mampu lagi untuk menampung kos pembelajaran sehingga menyebabkan ada juga yang berhenti kerana tidak dapat membayar yuran pengajian mereka.

 

“Saya merayu kepada kerajaan untuk mempertimbangkan kembali biasiswa serta pinjaman dan tajaan pelajar Melayu di Mesir supaya dibuka kembali pinjaman JPA dan MARA kerana semua pelajar-pelajar di Mesir adalah 100 peratus Melayu Islam.

 

“Kami sepatutnya diberi perhatian kerana kami akan pulang ke Malaysia untuk berkhidmat di Malaysia, sepertimana pelajar-pelajar perubatan yang pulang dan berkhidmat untuk negara,” katanya pada Majlis Pelancaran Tabung Kemanusiaan Pelajar Melayu Mesir Perkasa, hari ini.

 

Sehubungan itu, beliau berkata, pernah melihat rakan-rakannya tidak mampu makan nasi yang mempunyai lauk disebabkan duit yang ada digunakan untuk membayar kos pengajian dan sewa rumah yang sangat tinggi.

 

Katanya lagi, walaupun telah menyediakan dokumen lengkap memohon pembiayaan pengajian dibawah zakat negeri, malangnya permohonan mereka ditolak.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.