Jumlah Mangsa Banjir Dipindahkan Meningkat 1,704 Di Terengganu

KUALA TERENGGANU – Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat pagi ini kepada 1,704 orang daripada 503 keluarga berikutan hujan lebat sejak malam tadi.

 

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Negeri (JPBN), sebanyak 31 pusat pemindahan dibuka di beberapa daerah sekitar Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

 

Kemaman mencatatkan jumlah mangsa terbanyak iaitu 991 orang (daripada 243 keluarga), diikuti Hulu Terengganu 474 orang (194 keluarga), Dungun 231 orang (64 keluarga) dan Marang sebanyak lapan mangsa (dua keluarga).

 

Pusat pemindahan yang dibuka sejak dua hari lepas bertambah dengan Kemaman kini sebanyak 15 pusat, Hulu Terengganu (11 pusat), Dungun (empat pusat) dan Marang sebuah pusat.

 

Cuaca pagi ini dilaporkan cerah. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.