VIDEO: Tiada Bekalan Selama 4 Hari, Penduduk Gadai Nyawa Redah Arus Deras

Temerloh – Disebabkan terlalu lapar, penduduk di Kampung Baru Bintang terpaksa mengambil risiko meredah arus air yang deras untuk membeli bekalan makanan.

Menurut salah seorang penduduk kampung tersebut Zakaria Mohd Amri, 36, beliau terpaksa mengadai nyawa membeli barang keperluan bagi memastikan kebajikan dan keselamatan mereka yang bertumpang teduh di kawasan rumahnya.

kampung baru bintang

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Kawasan rumah saya ini paling tinggi di dalam kampung, (dan disebabkan itu) hampir 80 orang penduduk menjadikan sebagai tempat penempatan banjir.

“Malah ada sekitar 4 orang tua yang kurang mampu (uzur) termasuklah seorang bayi yang berumur kurang dari sebulan dan disebabkan susu bayi dan bekalan makanan telah habis saya terpaksa meredah arus untuk membeli makanan” katanya ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi.

Menurut Zakaria paras air yang naik secara mendadak telah menyebabkan kampung tersebut terputus hubungan manakala ibu kepada bayi tersebut masih berada di hospital kerana menjalani rawatan akibat pembedahan ketika melahirkan anak.

“Pada masa ini bayi tersebut dijaga oleh adik kepada bapa bayi tersebut.

“Disebabkan tiada bantuan dan bekalan yang dihantar, kami terpaksa meminta pertolongan saudara-mara yang berada di Kuala Lumpur untuk membeli bot bagi memudahkan pergerakan membeli barang keperluan yang diperlukan” ujarnya lagi.

Zakaria turut menjelaskan sebelum ada beberapa pihak yang memaklumkan akan menghantar barang keperluan untuk mangsa banjir di kawasna tersebut namun sehingga kini semua yang dijanjikan hanya indah khabar dari rupa.

“Pagi tadi saya menerima pesanan Whatapps yang mengatakan ada pihak yang akan menghantar bantuan dan bekalan makanan, tapi ia langsung tidak sampai.

“Bekalan elektrik juga telah dipotong dan kami terpaksa mengunakan bateri kereta untuk cas telefon bimbit bagi mengelakkan hubungan tidak terputus” ujarnya lagi.

Sementara itu menurut Ketua Kampung, Jaafar Md Taib semua dakwaan tersebut adalah fitnah semata-mata kerana pihaknya telahpun menghantar bantuan dan bekalan yang diperlukan.

“Saya nafikan sekeras-kerasnya semua dakwaan tersebut.

“Semua barang keperluan makanan seperti beras, gula, biskut dan sardin telah pun dihantar semalam pada pukul 7.00 petang katanya.

 

LAPORAN VIDEO AKAN MENYUSUL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.