SKMM Siasat Penyebar Berita Palsu Bencana Banjir

Kuala Lumpur – Empat individu diminta untuk tampil memberi keterangan berkaitan kes penyebaran berita palsu mengenai bencana banjir yang sedang melanda beberapa negeri di negara ini.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata pihaknya sedang menyiasat penyebaran berita palsu tentang keruntuhan bangunan Pusat Pemindahan di Sekolah Manek Urai yang menjadi viral di laman sosial beberapa hari lalu.

“Kami sedang menyiasat penyebaran berita palsu tentang keruntuhan Pusat Pemindahan Sekolah Manek Urai.

“Beberapa individu telah dikenal pasti dan mereka diminta untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan,” kata Mohamed Sharil melalui satu kenyataan kepada media.

Empat individu terbabit ialah:-

1. Mohd Zulkifli bin Ismail (No MyKad: 821125-03-5687) yang alamat terakhirnya 474,Guchil 7, 18020 Kuala Krai, Kelantan.

2. Roslina binti Hassan (No MyKad: 741228-03-6172). Alamat terakhir: 31, Lorong8/SS6, Bandar Tasek Mutiara, 14120 Simpang Ampat, Pulau Pinang.

3. Tengku Roslina binti Tengku Hamid (No MyKad: 880306-03-5870). Alamat terakhir: Rpt Sungai Sok, Kuala Krai, 18000 Kelantan.

4. Ahmad Wafiuddin bin Ahmad Supri (No MyKad: 940729-03-5129).  Alamat terakhir: Kg Manek Urai Lama, Kuala Krai, 18000 Kelantan.

Kesemua mereka diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat SKMM Mai Zairani Zainal Abidin di talian 019-3385009 atau Mohamad Syukri Jamaluddin di nombor 019-2869515 dengan segera.

Manakala orang ramai yang mempunyai maklumat tentang empat individu terbabit juga diminta membantu dengan menghubungi pegawai penyiasat SKMM. – RakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.