Penumpang Cemas Tayar AirAsia Rosak, Terpaksa Batal Penerbangan

Kuala Lumpur – Penumpang pesawat AirAsia Zest berdepan detik cemas apabila tayar pesawat rosak di bandar Tagbilaran di tengah Filipina.

Agensi berita AP melaporkan, sejurus masalah itu dikenal pasti, pesawat yang dimiliki AirAsia Filipina itu membatalkan penerbangannya.

Jurucakap pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina, Eric Apolonio berkata, penerbangan itu membawa 178 penumpang dan enam anak kapal.

Tayar pesawat Airbus A320 itu kemudiannya dipulihkan, membolehkannya meneruskan penerbangan ke ibu negara Filipina itu.

Insiden itu berlaku ketika usaha mencari dan menyelamat pesawat QZ8501 Air Asia Indonesia yang hilang dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura.

Sebanyak empat penerbangan domestik dari dan ke Tagbilaran telah dibatalkan kerana kejadian itu semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.