Hamas Larang Kanak-Kanak Yatim Piatu Masuk Israel

Gaza – Hamas semalam melarang puluhan kanak-kanak yang menjadi yatim piatu akibat Perang 50 Hari dengan rejim Zionis daripada memasuki Israel.

Lawatan seminggu itu sebelum ini dirancang oleh sebuah pertubuhan Israel – Kibbutz yang bertujuan membolehkan kanak-kanak Palestin berkenaan yang berusia antara 12 dan 15 tahun berkenalan dengan kanak-kanak Israel seusia mereka.

Seramai 37 kanak-kanak terbabit kehilangan ibu bapa mereka apabila Israel melancarkan serangan terhadap Semenanjung Gaza pada Julai dan Ogos lalu.

Kibbutz merancang membawa mereka ke kawasan Israel yang berhampiran Semenanjung Gaza sebelum ke Ramallah di Tebing Barat.

Hamas yang menguasai Gaza sejak 2007 berkata, lawatan itu dibatalkan bagi melindungi ‘budaya kanak-kanak dan rakyat Palestin’ daripada menjalinkan hubungan dengan Israel.

Jurucakap Hamas Eyad Bozum berkata, kumpulan itu akan memastikan cubaan seperti itu tidak berlaku lagi.

Kira-kira 2,200 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam terbunuh dalam Perang 50 Hari itu. – Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.