Feri Bawa Hampir 500 Penumpang Terbakar

Athens – Sebuah feri yang membawa hampir 500 orang penumpang terbakar yang sedang dalam dari Greece ke Itali awal hari ini, menyebabkan pihak berkuasa mengarahkan mereka dipindahkan.

Kapal berhampiran diarahkan mengambil penumpang dan anak kapal dari feri Norman Atlantic di barat Pulau Corfu.

Sementara itu, penumpang dikatakan terpaksa menunggu di dek yang tinggi sekitar enam jam, kerana bot penyelamat tidak dapat membawa mereka keluar dari kawasan terbabit.

Operasi menyelamat dikatakan sangat sukar berikutan cuaca buruk.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden itu.

Sebuah bot Pengawal Pantai Itali berada di tempat kejadian dan satu helikopeter dengan masing-masing dari Tentera Laut dan Tentera Udara pihak Itali.

Feri berkenaan berlepas dari pelabuhan Patras, Greece ke Ancona, Itali. – RakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.