Elphias Doge ‘Harry Potter’ Meninggal Dunia

London – Pelakon David Ryall, yang dikenali dengan watak Elphias Doge dalam filem ‘Harry Potter Deathly Hallows’, telah meninggal dunia ketika berumur 79.

Pelakon itu telah meninggal dunia pada Hari Krismas tetapi tiada maklumat lanjut telah didedahkan kepada umum, lapor portal berita BBC News.

Ryall telah menggantikan Peter Cartwright sebagai Elphias Doge pada tahun 2010 untuk filem ‘Harry Potter and the Deathly Hallows Part 1′.

Ryall memulakan kerjaya beliau di atas pentas sebelum menjadi wajah yang sering mewarnai TV British.

Beliau menerima biasiswa untuk Akademi Diraja Seni Drama pada tahun 1962, di mana beliau memenangi Anugerah Brahams Caryl untuk muzik.

Perkahwinan pertamanya dengan Gillian Eddison pada tahun 1964 dikurniakan dua anak, lelaki dan perempuan.

Setahun selepas penceraiannya pada tahun 1984, beliau berkahwin kali kedua dengan Cathy Buchwald dan mendapat seorang lagi anak perempuan.

David Ryall dilahirkan pada 5 Januari 1935, dan meninggal dunia pada 25 Disember 2014, pada usia 79 tahun. – RakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.