‘Bayi Krismas’ Lahir Dalam Kereta Api

Philadelphia – Seorang bayi yang digelar ‘bayi Krismas’ telah selamat dilahirkan dalam kereta api bawah tanah di bandar Amerika Syarikat, Philadelphia apabila ibunya tiba-tiba bersedia untuk bersalin.

Berikutan itu, dua pegawai polis transit telah dipanggil untuk membantu menyambut bayi berkenaan selepas wanita berkenaan mulai menunjukkan tanda-tanda hendak melahirkan anak.

Ibu dan bayi tersebut yang berada dalam keadaan baik telah dibawa serta-merta ke hospital.

Lapor pegawai polis Daniel Caban kepada TV NBC yang dipetik daripada BBC News berkata, beliau mengharapkan hari kerja yang tenang tetapi insiden kelahiran bayi tersebut dianggap sebagai ‘satu rahmat’.

Ketua Eksekutif Sistem Pengangkutan Awam Philadelphia telah memuatnaik tweet terbaru dalam akaun Twitternya yang berbunyi, mereka tidak mengenakan tambang untuk bayi tersebut. – RakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.