Bagaimana Mahu Sertai Misi Bantuan Banjir

Kuala Lumpur – Sudah lebih 10 hari sejak Semenanjung Malaysia mengalami bencana banjir besar yang memberi kesan kepada lebih daripada 130,000 rakyat Malaysia.

Sama ada badan-badan bukan kerajaan, parti politik atau individu, ramai yang turut sama berganding bahu menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa banjir dalam bentuk misi bantuan dan kempen derma.

Jika anda juga ingin menderma dan menjadi sebahagian daripada warga Malaysia yang perihatin, di sini kami berikan beberapa saluran yang boleh anda cuba.

1. Astro Radio

Barangan yang diperlukan : Minuman, air mineral, beras, paket minuman 3-dalam-1, makanan dalam tin, selimut, tuala, lampin bayi dan dewasa, tuala wanita, kain lap basah, pakaian, bahan pencuci, susu bayi, susu tepung, berus gigi dan ubat gigi, sabun dan syampu, kain sarung.

Lokasi : Tesco Extra Ipoh, Perak (28 Disember, 10:00 pagi – 3:00 petang); Tesco Extra Puchong (29 Disember, 10 pagi – 6 petang); Tesco Extra Seremban 2 (30 Disember, 10 pagi – 3 petang); Tesco Extra Desa Tebrau, Johor (31 Disember, 10 pagi – 3 petang).

2. Selamatkan Pantai Timur

Barangan yang diperlukan : Roti, roti bijirin, coklat (terutama KitKat dan Snickers), gula, pinggan dan cawan kertas, tuala wanita, makanan dalam tin, susu formula bayi.

Lokasi : Skypark Subang, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah
Masa : 28 Disember, 8 pagi – 7 petang
Hubungi : Tengku Sofiah (+ 6014-264 6004)
Nota : Ketahui terlebih dahulu pemberitahuan mengenai sumbangan item yang diperlukan.

3. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM)

Barangan yang diperlukan : Tikar lantai, kain batik, periuk, tuala wanita, lampin bayi, gelas dan pinggan polistirena, selimut, bantal, makanan kering.
Lokasi : Bilik DMC, Ibu Pejabat Bulan Sabit Merah Malaysia, Lengkok Belfield, Off Jalan Wisma Putra, Kuala Lumpur.
Hubungi : Datuk Dr Noordin Ab Razak (+ 603-2143 8122), Nor Aziah Budin (+ 603-2144 9227) dan Shamsiah Abd Kadir (+ 603-2143 7872).

4. Firefly

Barangan yang diperlukan : Selimut, kain sarung, susu bayi, lampin, biskut dan makanan kering.
Lokasi : Firefly Biz Lounge di Lapangan Terbang Subang Jaya Sultan Abdul Aziz Shah, Pusat Tiket Firefly di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Baharu dan Pusay Tiket Firefly di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
Masa : Setiap hari ( 9 pagi – 5 petang)

5. IMAM Response and Relief Team (IMARET) 

Barangan yang diperlukan : Selimut, kain sarung, susu bayi, lampin, biskut dan makanan kering.
Lokasi : Golden Valley / Pasar Harley, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Masa : 28 Disember, 10 pagi – 9 malam
Hubungi : + 603-8926 3034

6. Muslim Care Malaysian Society

Barangan yang diperlukan : Selimut, lampin, susu formula, botol susu, beras, gula, garam, pakaian solat bagi wanita Islam, makanan dalam tin, biskut, air minuman dan tuala wanita.
Lokasi : Kompleks Darul Thibbun Nabawi, Jalan Tebing 8/8, Seksyen 8, 40000 Shah Alam, Selangor ; GPS: http://bit.ly/1B592fY
Masa : Dibuka 24 jam, setiap hari
Hubungi : Dr. Rabiatul Adawiah (+ 6019-361 7502), Abdul Razak Mohamed (+ 6011-1571 1581), Amina Tahir (+ 6019-860 1837).

7. Anak Nakal

Barangan yang diperlukan : Pakaian
Lokasi : Damansara Performing Arts Centre (DPAC), Empire Damansara, Jalan Pju 8/8, Damansara Perdana.
Masa: 28 Disember, 4:30 – 5:30 petang & 9:30 malam dan seterusnya
Hubungi: Athirah (+ 6012-248 0014)

Sumbangan wang tunai

8. Mercy Malaysia

a) Bank : Maybank
Acc. Nama : MERCY Humanitarian Fund
Acc. No : 5621 7950 4126
Kod Swift : MBBEMYKL

b) Bank : CIMB
Acc. Nama : MERCY Malaysia
Acc. No : 8000 7929 08
Kod Swift : CIBBMYKL

c) Bank: RHB Bank
Acc. Nama : Malaysian Medical Relief Society
Acc. No : 2122 730 000 9257
Kod Swift : RHBBMYKL

9. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM)

Bank : Maybank
Acc. Nama : Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
Acc. No : 5144 2210 7228

10.  Pertubuhan Ikram Malaysia

Bank: Maybank
Acc. Nama : Pertubuhan Ikram Malaysia
Acc. No : 5621 4240 5154

Sumber : RakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.