Amaran Kuning Dikeluarkan, Dijangkakan 7 Negeri Terlibat – Meteorologi Kelantan

Petaling Jaya – Hujan monsun beserta angin kencang dijangka bermula 29 Disember hingga 31 Disember ini.

Pengarah Meteorologi Kelantan, Maqrun Fadzli Mohd Fahmi meminta rakyat Kelantan supaya berwaspada meskipun fenomena itu akan lebih tertumpu di kawasan Pahang dan Johor timur.

“Amaran kuning dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia yang mana kita menjangkakan ia berlaku di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak.

Beliau berkata, orang ramai boleh merujuk kenyataan itu pada laman website yang disediakan Jabatan Meteorologi Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Maqrun Fadzli menafikan kenyataan berkenaan ribut kuat yang diramal berlaku seperti yang tersebar di Facebook dan aplikasi WhatApps.

” Fakta tersebut ada tetapi telah ditokok tambah oleh orang yang tidak bertanggung jawab.

Jelasnya, Jabatan Meteorologi hanya meramalkan keadaan bagi membolehkan rakyat berwaspada dan setiap fenomena itu bergantung kepada keadaan semasa.

“Kami akan sentiasa mengemaskini keadaan semasa dalam website kami,” katanya. – FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.