3 Lelaki Bernasib Malang, Ditinggalakn Isteri Kerana Hodoh

India – Tiga lelaki di bandar ini menghadapi masalah rumah tangga serupa apabila ditinggalkan isteri masing-masing atas alasan hodoh.

Sejak sebulan lalu, sekurang-kurang tiga wanita baru berkahwin meninggalkan suami masing-masing kerana terlalu hodoh dan dianggap tidak sesuai untuk dijadikan suami.

Pada 9 Disember lalu, seorang pengantin perempuan dari daerah Muzaffarpur meninggalkan suaminya kerana kehodohannya selepas lima hari berkahwin, “Saya setuju berkahwin dengan lelaki yang saya tidak pernah temui kerana menjaga perasaan ibu dan bapa.

“Tetapi apabila tiba di rumah mentua dan melihat wajah suami dari dekat, perasaan jijik dan benci terus menerpa fikiran saya. Dia terlalu hodoh. “Saya membuat keputusan untuk meninggalkan dia dan tidak akan kembali kepadanya walau apa berlaku,” katanya kepada polis kelmarin.

Kejadian sama dilapor berlaku di daerah Gardanibag awal bulan ini apabila seorang wanita meninggalkan rumah mentuanya, sehari selepas berkahwin. Sejurus selepas kejadian, ibu bapa wanita terbabit membuat laporan anak mereka diculik. Namun, segalanya terbongkar selepas polis menemui wanita itu yang tinggal bersama kekasihnya minggu lalu.

Ketika disoalsiasat, wanita terbabit memberitahu dia enggan pulang kepada suaminya yang sudah tua dan hodoh. Seorang lagi wanita dari kawasan sama meninggalkan suaminya dua minggu lalu atas alasan sama.

Polis berkata, wanita itu hilang tiba-tiba dari rumah suaminya menyebabkan ibu bapanya melaporkan dia dibunuh keluarga pihak lelaki. Bagaimanapun, selepas siasatan dijalankan, polis berjaya menjejaki wanita terbabit di kawasan Bikram dan menemui dia bersembunyi di rumah kekasihnya.

Ketika disoalsiasat, wanita itu mengaku meninggalkan suaminya kerana tidak sanggup hidup dengan lelaki hodoh. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.