Muhammad Aqib Memang Diserang dan Dipukul Perusuh

KUALA LUMPUR – Dakwaan mengatakan ke­cederaan dialami anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Su­bang Jaya pagi semalam berlaku akibat kemalangan dan bukan­nya dipukul begitu mengejutkan semua pihak sehingga me­nimbulkan kontroversi.

Malah dakwaan dibuat Se­tiausaha Badan Bertindak Kuil Sri Maha Mariamman, VK Ragu dalam sidang akhbar semalam dengan disertakan video tular kononnya bukti Muhammad Adib kemalangan akibat dilanggar jentera bomba menimbulkan rasa tidak puas hati sebahagian besar netizen.

Tidak mahu melatah, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohamad Hamdan Wahid tampil mempertahankan serta menjelaskan bahawa mangsa memang telah diserang dan dipukul berserta saksi iaitu Mohd. Hazim Mohd. Rahimi, 31, yang merupakan anggota bomba yang disangka Muhammad Adib di dalam video tersebut.

Ikuti penjelasan Mohamad Hamdan mengenai perkara itu dalam sidang akhbar di Institut Jantung Negara (IJN), Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur petang semalam.

Kita ingin memaklumkan perkembangan Muhammad Adib. Pada masa ini kita masih berdoa agar dia diberikan kekuatan. Pihak IJN sendiri sebelum ini telah memaklumkan dia masih hidup. Pihak IJN telah cuba sedaya upaya untuk menstabilkan Muhammad Adib di peringkat lebih baik. Kita percaya ini satu usaha yang terbaik dan semoga Muhammad Adib diberi kekuatan untuk sembuh dan kembali sihat bagi meneruskan tugas semula.

Dilanggar?

Saya tidak pernah dengar perkara ini daripada anggota yang pergi ke lokasi. Dia ada bukti ke? Bukti menyatakan yang Muhammad Adib dilanggar. Mereka (pihak kuil) ada membuat sidang akhbar me­nunjukkan gambar seorang lelaki. Yang berdiri di dalam gambar itu bukan Muhammad Adib tetapi Mohd. Hazim.

Saya ingin menyatakan bahawa perkara ini masih dalam siasatan polis jadi saya tidak boleh mencampuradukkan kenyataan ini dengan kenyataan tertentu yang boleh mengganggu siasatan. Tetapi saya ingin nyatakan di sini jangan buat kenyataan tidak berasas yang tidak betul. Di mana kita sama sekali tidak terlibat dalam apa-apa putaran dan kitaran politik yang sedang berjalan oleh mereka kerana kita hanya laksanakan tugas kita.

Kita juga telah beri kerjasama yang baik dengan siasatan polis dan pegawai penyiasat pun telah jalankan tugas, dan kita percaya siasatan polis adalah betul. Dinyatakan bahawa (lelaki dalam) video yang tular itu adalah Muhammad Adib dan dia dikatakan telah dilanggar ken­deraan bomba. Takkan sesama anggota bomba tidak menye­dari siapa yang ada dalam jentera siapa yang tidak ada.

Kalau tuan-tuan tengok sesetengah kenyataan mengatakan bomba takut kerana api itu meletup? Contoh tuan tengok video itu bagaimana. Jadi saya minta jangan membuat kenya­taan tidak berasas kerana orang yang membuat kenyataan itu tidak berada di tempat kejadian malam itu. Yang ada lapan anggota bomba dan saya pun tidak berani membuat kenyataan se­lagi mereka tidak memberi bukti yang betul.

Jadi saya minta pihak ter­tentu jangan buat tuduhan yang tidak betul kerana sekarang kita dalam tindakan untuk membuat laporan polis bagi mempertahankan kenyataan anggota kita kerana semasa sampai di situ mereka bukan dibelai, diberi minuman dan sebagainya. Mereka ingat orang ramai yang datang adalah pihak yang menelefon meminta pertolongan untuk memadamkan kebakaran tersebut.

Saya tidak perlu jelaskan sama ada mereka beri hospitaliti yang baik. Tuan-tuan boleh te­ngok sendiri dan nilai. Itu sahaja kenyataan daripada saya.

Kesan Kecederaan pada Muhammad Adib?

Itu adalah di bawah bidang kuasa doktor. Doktor pun ada cara-cara mereka sendiri untuk melihat lebam-lebam dan juga kecederaan dialami adalah disebabkan dipukul atau tidak. Sekarang ini, mereka sedang sedaya upaya menstabilkan Muhammad Adib supaya apabila dia stabil dari segi rawatan seterusnya mudah untuk mereka membuat siasatan lanjut.

Kita tidak boleh dedahkan apa sebab-sebab kecederaan yang ada pada dia. Hanya doktor sahaja boleh buat. Apa yang saya boleh katakan di sini adalah lapan anggota bomba yang berada di tempat kejadian dan mereka tahu apa yang berlaku dan ini dalam siasatan polis.

Orang yang membuat sesuatu kenyataan yang salah dan berani menyebarkan menjadi tular, saya rasa ada lunas undang-undang yang boleh diambil atas berita dan kenyataan yang tidak betul itu. Kita akan membuat laporan polis untuk melindungi anggota kita. Bukan cara kita untuk melanggar kawan-kawan kita semasa pergi bertugas.

Saya ingin tegaskan, orang yang tular di dalam gambar bukan Muhammad Adib. Ini adalah Mohd. Hazim. Mohd. Hazim sebenarnya mahu pergi mengambil hos dan dia duduk di sebelah sana, dia pusing untuk ambil. Mohd. Hazim ada di sini (sebelah saya). Yang terbaring di hospital sekarang ini adalah Muhammad Adib dari unit EMRS.

Jentera EMRS ini kecil dan rendah berbentuk ambulans. Sampai ke sana memang pemandu yang memandu EMRS ini mengatakan parang, besi, buluh, paip dan sebagainya menghentam pintu sebelah dia. Kalau itu merupakan hospita­liti yang baik. Tuan-tuan boleh nilaikannya.

Apabila dia tengok orang dalam keadaan sebegitu rupa, kalau tuan, tuan pun tidak akan tunggu. Kalau tuan tunggu pun kami bimbang EMRS yang datang selamatkan tuan.

Kita percaya di dalam kelompok ini ada yang berhati baik. kita serahkan kepada pihak polis kerana kita tidak tahu siapa yang sebenarnya dalam ke­adaan ini. Kita serah kepada pihak polis untuk menyiasat siapa yang menyelamatkan, siapa yang merusuh mereka lebih mengetahui.

Kenyataan yang dibuat ini adalah tidak betul dan berasas kerana orang ini tidak ada di situ. Mereka yang berada di situ untuk memadamkan kebakaran tetapi diserang dengan senjata diputar-putar cerita untuk menegakkan benang yang basah. Maksud di situ tuan-puan boleh nilai sendiri. – UTUSAN

One thought on “Muhammad Aqib Memang Diserang dan Dipukul Perusuh

  • November 29, 2018 at 9:55 am
    Permalink

    Hukum gantung paria samsing kurang ajar??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.