Keputusan UPSR dan PPSR Diumum Hari Ini

KUALA LUMPUR – Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) termasuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018 bagi murid tahun enam akan diumumkan pagi ini.

Calon terlibat boleh mengambil keputusan tersebut di sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi.

Ibu bapa juga ada pilihan menggunakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR 2018 melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) mysms ke 15888.

Perkhidmatan itu akan diaktifkan bermula 10 pagi hari ini dan ditamatkan pada 6 petang 8 Disember depan.

Sejumlah 440,743 calon berdaftar menduduki peperiksaan UPSR tahun ini.

PPSR merupakan dokumen yang melaporkan kejayaan murid pada akhir persekolahan peringkat rendah yang merangkumi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Psikometrik (PPSI), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan UPSR bagi murid aliran perdana atau PASR bagi murid berkeperluan khas masalah pembelajaran. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.