Keadaan Sekitar Kuil & Menara MCT Dalam Keadaan Tenang

SUBANG JAYA: Keadaan tenang dan terkawal di sekitar kuil Sri Maha Mariamman dan Menara MCT yang menempatkan pejabat pemaju One City Development Sdn Bhd (One City) di USJ 25, Putra Heights di sini, setakat jam 9 pagi ini.

Tinjauan mendapati, jalan sesak kerana penduduk setempat keluar ke tempat kerja masing-masing sementara beberapa pegawai polis kelihatan tenang mengawal situasi di bawah jejambat berhampiran.

Keadaan juga seperti hari-hari biasa, malah tiada langsung individu yang mungkin terbabit dalam perhimpunan pada malam sebelumnya, berada di lokasi.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, berkata seramai 500 anggota polis ditugaskan untuk mengawal situasi di pekarangan kuil berkenaan.

Anggota daripada pelbagai unit termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) dan Cawangan Khas ditugaskan untuk memantau keadaan di kuil terbabit.

Insiden rusuhan yang bermula pada Isnin lalu itu menyebabkan 23 kenderaan musnah dibakar, manakala cermin sebuah pusat beli-belah turut dipecah dan dirosakkan.

Setakat ini, seramai 30 individu sudah ditahan dipercayai terbabit dalam rusuhan di sekitar kuil berkenaan.

Polis sedang menyiasat dan mencari dalang sebenar yang mencetuskan kekecohan di kuil berkenaan. – BERITA HARIAN

2 thoughts on “Keadaan Sekitar Kuil & Menara MCT Dalam Keadaan Tenang

  • November 29, 2018 at 1:13 pm
    Permalink

    Tangkap hukum buang luar dunia?? Kepuh kecuh poorah?
    Kurang ajar?? Tk perlu layan paria2 ni???

    Reply
  • November 29, 2018 at 5:17 pm
    Permalink

    Samsing paria sgt ?? Hukum seberat2nya biar tahu sapa undang2?? Kurang ajar..usah bagi muka paria2 dan yg terlibat??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.