Anwar masih belum boleh muktamad 24 jawatan lantikan

KUALA LUMPUR – Proses pelantikan 24 jawatan dalam PKR yang masih belum dimuktamad mungkin akan diselesaikan dalam tempoh sebulan ini.

Kata Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendirian untuk tidak tergesa-gesa dalam membuat keputusan mengenai isu itu.

“Yalah, ada kumpulan ini ada kumpulan itu tidak gembira daripada semua tidak ada masalah.
Tidak ada kesegeraan akan ada prosesnya kita akan berbincang dalam proses rundingan tidak perlu terburu-buru mengambil kira semua pandangan,” katanya kepada pemberita di Parlimen.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini berkata Anwar sudah memulakan proses libat urus pertama dengan pimpinan parti di Pulau Pinang dan akan diteruskan selepas pulang dari Turki hari ini.

Sebelum ini, bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dilaporkan antara yang bakal mengisi jawatan penting dalam pimpinan parti.

Turut terkait adalah isu ketidakpuasan hati PKR Sarawak terhadap lantikan pengerusinya Larry Sng. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.