40,000 Tiket Perlawanan Separuh Akhir Piala AFF Suzuki Habis Dijual

KUALA LUMPUR – Tiket perlawanan skuad Harimau Malaya yang bakal bertemu Thailand bagi separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 pada Sabtu ini mendapat sambutan luar biasa.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di laman Facebooknya memaklumkan, sebanyak 40,000 tiket telah habis dijual sejak semalam.

Menurut FAM, baki 40,000 tiket lagi akan mula dijual di kaunter tiket Stadium Nasional dan kedai terpilih Al-Ikhsan bermula esok.

Pertembungan antara Malaysia dan skuad Gajah Putih itu dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pukul 8.45 malam.

Malaysia berjaya mara ke peringkat separuh akhir dengan menewaskan pasukan Myanmar 3-0 hasil sumbangan kapten pasukan, Mohd Zaquan Adha dan Norshahrul Idlan Talaha. – MalaysiaGazette

One thought on “40,000 Tiket Perlawanan Separuh Akhir Piala AFF Suzuki Habis Dijual

  • November 29, 2018 at 5:20 pm
    Permalink

    Tiket habis tk jamin menang… kalah 0-2…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.