Yazer Tepis Dakwaan Rumah Tangga Goyah

Penyanyi Yazer Yusof, 35, menyifatkan gosip mengatakan rumah tangganya dengan Ekin Rahman bergolak sebagai tidak berasas dan memalukan.

Sedangkan mereka kini melayari kehidupan bahagia sejak berkahwin dua tahun lalu.

“Saya tidak tahu dari mana gosip ini boleh timbul sampaikan ada kawan datang bertanya sama ada saya dan Ekin sudah berpisah.

“Hakikatnya, hubungan kami baik dan tidak ada masalah. Cerita ini sangat tidak berasas dan memalukan,” katanya lapor Metro.

Pasangan kelahiran Akademi Fantasia 3 (AF3) itu disatukan 26 Disember 2014 di Labuan, Sabah, selepas 9 tahun bercinta. Mereka dikurniakan anak lelaki, Muhammad Noah, 2.

Kata Yazer, dia dan Ekin kini membesarkan anak mereka di Kota Kinabalu, Sabah. Bahkan rezeki nyanyian mereka juga lebih banyak di sana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.