Video: Penyanyi ‘Tak Tun Tuang’ Sudah Mandi

KUALA LUMPUR – Selepas lagu Tak Tun Tuang belum mandi kini muncul pula lagu yang sama versi sudah mandi dinyanyikan penyanyi sensasi Minang, Upiak Isil.

Lagu itu dinyanyikannya menggunakan rentak yang sama cuma ada penukaran lirik sempena kehadiran khasnya di konti Radio ERA FM di sini baru-baru ini.

Dalam lagu itu, Upiak menceritakan walaupun dia sudah kerap mandi namun kutu masih banyak dikepalanya.

Sebelum itu, Upiak menjadi tetamu rancangan Gegar Vaganza sehingga menjadikan pentas rancangan hiburan itu meriah.

Lagu Tak Tun Tuang nyanyiannya itu sebelum ini menjadi tular di seluruh dunia dan dinyanyikan semula secara parodi oleh selebriti di Asia Tenggara terutama Malaysia. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.