Sawan Maut Dibelit Ular Sawa Yang Ditangkapnya, Di Depan Kakak

Seorang lelaki maut selepas dibelit oleh seekor ular sawa sepanjang 21 kaki yang dalam kelaparan selepas dikurung di dalam balang kaca.

Lelaki itu, Sawan Tabklai, 55, menangkap ular terbabit di dalam hutan berhampiran rumah keluarganya di wilayah Sukothai, Thailand pada awal pagi, Sabtu lalu.

Selepas ditangkap, dia menyumbat ular terbabit dalam balang kaca namun ular itu menjadi terlalu lapar, ketika Sawan memeriksanya pada pukul 5 petang semalam.

Ular sawa yang kelaparan itu kemudiannya keluar dari balang berkenaan dan menggigit tangan Sawan. Ia kemudian membelit leher lelaki menyebabkan Sawan menjerit meminta tolong.

Kakak Sawan, Pilada Tabklai, 63, kemudiannya keluar untuk membantu namun dia terkejut melihat abangnya berada dalam keadaan tidak bermaya dan longlai selepas dibelit ular tersebut.

Pilada cuba membantu namun ular itu terlalu kuat lalu dia menghubungi perkhidmatan kecemasan.

Bagaimana setibanya pasukan penyelamat, mereka sudah terlambat. Sawan sudah meninggal dunia. Ular itu berjaya ditangkap dan akan dilepaskan kembali ke dalam hutan.

“Saya tidak tahu kenapa adik saya menyimpan ular itu. Dia jumpa reptilia berkenaan tiga atau empat hari lalu dan menyimpannya dalam balang kaca.

“Saya dengar dia menjerit dan mendapati Sawan digigit ular. Binatang itu membelit badannya. Saya tak boleh buat apa-apa,” kata Pilada.

Dalam pada itu polis berkata, ketika kejadian, Sawan tidak memakai baju, hanya berseluar sahaja. Kesan gigitan ular terdapat di kanan kirinya manakala lehernya pula merah. Punca kematiannya kerana adlaah kerana tidak cukup oksigen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.