Nenek Berumur 73 Tahun Naik Kerusi Roda Ketika Mohon Cerai Selepas Dimadukan

Seorang nenek yang berusia 73 tahun terpaksa dibawa menggunakan kerusi roda ke mahkamah kerana dia mahu memfailkan cerai terhadap suaminya yang telah dikahwini selama 55 tahun.

Nenek itu, Marcella Mukami Kinyugo, berasal dari Kiriaini, Kenya. Dia mahu bercerai dengan suaminya, Peter Kinyugo 76, kerana mendakwa lelaki itu menganiayai dirinya. Marcella juga mahu memiliki separuh daripada harta yang mereka berdua miliki.

Menurut Marcella, mereka hidup bahagia sebagai suami isteri namun semuanya berubah selepas suaminya yang juga guru besar telah berkahwin lain tanpa persetujuannya dengan Trizah Mulinge pada 1984.

Ketika itu Marcella menerima perkahwinan keduanya asalkan suaminya berlaku adil. Bagaimanapun sejak lima tahun yang lalu, suaminya itu tidak bertanggungjawab dalam soal penggiliran.

Peter menghabiskan masa di rumah madunya selama berminggu-minggu tanpa balik ke rumah mereka.

Marcella menuduh suaminya telah mengabaikannya ketika dia sakit dan membiarkan satu-satunya anak perempuan mereka untuk menjaganya. Namun Peter menafikan tuduhan itu.

Kes itu akan dibicarakan pada 18 Januari tahun depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.