Lelaki Maut Kepala Tersepit Di Mesin

BUKIT MERTAJAM ― Seorang pekerja lelaki maut berikutan kepalanya tersepit pada mesin acuan.

Kejadian berlaku ketika mangsa, 35 tahun, mengendalikan mesin di sebuah kilang di Bukit Minyak di sini, jam 7.13 pagi tadi, lapor Metro.

Komander operasi balai bomba Bandar Perda berkata kerja mengeluarkan mangsa, warga Filipina, dibantu juruteknik kilang tersebut.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi kemudian ditamatkan 9.53 pagi,” kata pegawai bomba kanan II Azham Abdul Majid.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.