Harga RON95 dan RON97 Kekal, Diesel Naik 2 Sen

PETALING JAYA – Harga petrol kekal dengan harga minggu lalu, sementara diesel naik sebanyak dua sen.

RON95 akan dijual pada harga RM2.30 seliter manakala RON97 RM2.58 seliter.

Sementara itu, diesel naik dua sen kepada RM2.25 seliter daripada RM2.23.

Harga baru itu dikongsi oleh akaun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada Rabu malam.

Harga baharu ini bakal berkuatkuasa bermula 12.01 pagi 30 November hingga 6 Disember.

Mekanisme penetapan harga bahan bakar mingguan berkuat kuasa pada April tahun ini dan harga petrol dan diesel telah ditempatkan pada sistem apungan bulanan yang diuruskan sejak 1 Disember 2014 berikutan penghapusan subsidi bahan bakar. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.