FMLLP Belum Putuskan Nasib FELDA, Terengganu

JOHOR BAHRU – Pengerusi Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan belum ada kata putus berhubung status FELDA United dan Terengganu FC (TFC) dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Tunku Ismail yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkata, apa juga keputusan akan ditentukan menerusi mesyuarat yang akan diadakan Khamis ini.

“Akan ada mesyuarat dalam minggu ini, tak silap saya hari Khamis dan keputusan mengenai status FELDA United dan TFC II akan dibuat selepas itu. Buat masa ini saya pun belum tahu lagi,” kata Tunku Ismail pada sidang media majlis menandatangani perjanjian agensi eksklusif hak mencari penajaan antara FMLLP dan Ampersand Sports Sdn Bhd.

Sebelum ini, Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) memohon kepada FMLLP untuk melakukan penstrukturan semula TFC II dengan menjadikan kelab berkenaan sebagai pasukan sokongan negeri manakala FELDA United masih belum diberikan lesen untuk beraksi dalam saingan Liga Super, lapor BH.

Mengenai status FELDA United, Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam berkata, kemungkinan mereka akan memberikan FELDA United lesen sementara untuk beraksi dalam saingan Liga Super musim depan tetapi masih bergantung kepada kelulusan ahli lembaga.

“FELDA United gagal untuk memenuhi tempoh tarikh ditetapkan untuk mendapatkan lesen. Tapi, mereka memenuhi syarat lain,” kata Kevin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.