Babak Gadis Berbikini Dalam Muzik Video Joe Flizzow Cetus Kontroversi

Tampil dengan video muzik terbaharu berjudul sejak 23 November lalu, penyanyi Joe Flizzow dikritik gara-gara babak gadis berbikini dalam video muzik tersebut.

Bekas anggota kumpulan Too Phat ini bagaimanapun memohon maaf kepada pihak yang kurang senang dengan adegan tersebut, petik Metro.

Menurutnya, dia tidak melihat ia sebagai isu besar memandangkan model berkenaan bukan warganegara Malaysia namun bersedia menerima kecaman.

“Pertama sekali saya ingin meminta maaf dan sedia menerima segala kritikan mengenai video itu. Saya pun sebenarnya sudah menjangkakan perkara ini.

“Bagaimanapun, saya cuma mahu jelaskan bahawa model dalam video itu adalah wanita Brazil. Jadi ia bukan masalah besar lagipun mereka di Brazil sendiri tidak sabar melihat hasilnya,” katanya.

.

Joe mengatakan konsep video itu ditentukan pihak label yang berniat untuk memasarkannya di peringkat antarabangsa.

Dalam pada menerima terbuka hati dengan kecaman netizen, menurut Joe dia tidak perlu terkesan dengan perkara itu.

“Bukan hendak buatkan peminat di sana tawar hati tetapi saya tidak pernah membaca komen di YouTube. Mereka terbuka untuk memberi apa juga pandangan.

“Bagi saya golongan yang mengecam itu mungkin terlalu banyak masa untuk berbuat demikian. Walhal, banyak lagi perkara penting lain yang patut jadi perhatian,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.